Sebenarnya sejak mengandung anak yg kedua nie aku dh tanam azam nk menyusukan ank secara eksklusif jadi aku banyak cari info-info kt internet. Kenapa????? sebab aku rasa sama seperti yg kak farah rasa.Rasa bersalah trsangat2 pada ank ku yaya sebab x dpt menyusukan dia dengan sempurna. Aku tak nak anakku yg kedua mengalami nasib yg sama. Cukuplah sekali!!!!!!!! Takkan ku ulangi lagi kesilapan ini. Wahai suamiku yg tersayang, bantulah isterimu ini. Hanya kamu yg mama harapkan untuk membantu dari segi kewangan dan sokongan moral. Bantulah mama agar mama tak tewas lagi......
Sori ye kak farah, saya amik post akk utk motivasikan diri ini.
Bangkitlah!
Dua org yang sama di dalam gambar backdrop dan di luar.
Mami sedang menyusukan ian semasa ian berumur 6-7 bulan (di dalam gambar).
Mami sedang menyusukan ian semasa ian berumur 11 bulan di booth Sarakids di Melaka
Beza dalam gambar, mami sedikit berisi jika dibanding di uar.
Juga muka yang di make up (di dalam gambar) agak segar berbanding muka kusam pukul 9 malam sewaktu mahu tutup booth.
TAPI, ada satu yang tiada beza.
Mami masih menyusukan ian, masih lagi bertahan, berjuang, sesibuk manapun mami.
Jadual mami tak seperti aunty2 ian yang lain, kdg2 mami tinggalkan ian & kakak2 di rumah berhari2. Ahad ini pula mami ke Korea satu minggu. Mami kerja kuat untuk kita semua
Kadang2 mami balik lewat malam. Kadang2 mami balik anak2 sudah tidur.
Penat nak. Penat bekerja tak kira masa, makan terkadang terlewat, kadang2 tak makan.
Namun, mami takkan pernah sekali abaikan tanggungjawab mami dalam meneruskan penyusuan susu ibu, pengikat kita hingga mami menutup mata.
Di celah kerusi, di dalam kereta, di tgh orang ramai, mami duduk dan cari satu sudut untuk memerah susu. Bukannya tak dipandang, tak dijeling, tapi mami tau mami sedang buat perkara yang tidak menyalahi undang2 dan tidak mendedahkan mana2 bahagian yang tak sepatutnya dilihat. Mana mungkin mami sanggup memerah didalam tandas?
Di homestay/hotel ketika bekerja di luar Kuala Lumpur, ketika semua enak tidur, mami plg awal bangun memerah susu. Penuh peti ais dengan susu susu mami yang dibuat bahan jenaka. Mami ok je nak, mami pun tumpang berjenaka. Hehehe. Mami bangga, sbb mami mampu menjadi pengeluar susu PERCUMA yang penuh kasih sayang dan nilai yang tiada tolok bandingan. Tak boleh dijual beli, tak ada harga.
Di dalam kereta/van sewaktu bekerja luar, mami dikelilingi oleh uncle2 dan aunty2 ian yang rata2 belum berkahwin. Masih belum faham kenapa perlu memerah susu bila berpisah dgn anak. Mami explain pd mereka. Mami tetap memerah susu dan kdg diketawa dek bunyi pam “grong greng grong greng” yang bising. Mami ok, mami layan aje jenaka mereka dan ketawa sekali sbb mami bangga. Mami tetap ingatkan anak2 walau di mana mami berada.
Nikmat ian, nikmatnya menyusukan ian & kakak2mu.
Ian, bukan utk kita berdua sahaja, tetapi utk kesemua insan bergelar ibu di Malaysia khususnya. Bukan memaksa, tetapi lebih kepada kesedaran tentang pentingnya penyusuan susu ibu utk anak2
Penyusuan adalah sesuatu yang alami, sesuatu yang tidak mustahil jika kita mendalami ilmunya, walau apa pun dugaannya. Jika ada kondisi di mana ibu tak boleh menyusu, masih ada cara utk meneruskan penyusuan bagi seorang anak/bayi itu. Hanya perlu sedikit usaha, sabar, doa dan tawakkal.
Penyusuan, nikmat menyusukan anak adalah sesuatu yang harus dinikmati oleh semua insan bergelar ibu dan susu ibu juga harus dinikmati oleh seorang insan bergelar anak. Ianya tersedia, telah dibekal oleh Allah. Hanya perlu tahu mekanisme nya dan cara ~ yang mana perlu dipelajari, digali dan dipraktik, bukan duduk diam dan menyalahkan diri sendiri dan orang lain jika tidak boleh!
Perjuangan kita masih jauh dalam nak menyebarkan tentang kebaikan susu ibu.
Kekangan, dugaan, ujian, tohmahan, sebut saja apa lagi bentuk halangan, itu semua tak menjadi sebab utk kita berundur dan mengalah.
Orang boleh kata apa yang mereka mahu, hina apa yang mereka suka. Its ok, down utk sebentar cuma.
Tetapi bila kita bangun, pastikan kita berlari dan mengejar apa yang kita cita kan. Pastikan tidak ada tertinggal pun sisa pahit.
Saya adalah seorang contoh ibu yang pernah gagal menyusukan anak sulung dengan susu ibu sepenuhnya.
Peritnya perasaan itu tak boleh nak cerita.
Kesalnya tak terhenti sehingga hari ini.
Kesal dengan diri sendiri, kerana tak yakin, kerana tak timba ilmu.
Namun saya pasti itu adalah rezeki Sara yang telah tertulis untuknya.
Itu sebab utk anak kedua & ketiga, syasya & adrian saya tak berpaling lagi!
No way- utk kesekian kalinya.
Alhamdulillah, rupanya saya adalah ibu yang MAMPU menyusukan anaknya sepenuhnya ~ antara perkara yang saya tak yakin sewaktu usia sara.
Anda juga harus yakin, harus dan harus.
Dugaan mmg akan tiba di tengah2.
Kuatkan semangat, jangan mengalah dan putus asa.
Sibuk? Tak ada masa?
Oh itu bukan lagi alasan.
Memerah susu ibarat menunaikan solat. Mesti dan mesti. Perkara rutin.
Mula2 mmg tak biasa, tapi lama2 kita akan biasa
Bertahanlah, ibu yang sedang berduka dan bimbang.
Mengadulah pada Allah. Hanya Allah yang bisa menolong.
Luahkanlah pada pasangan, pada bunda. Hanya mereka yang memahami kita didunia ini.
Kongsilah dengan rakan sejati, mereka jualah pendengar pelepas beban kita di saat kita susah hati dan berduka.
Ayuh ibu, bangun dan bangun. Demi anak2 dan generasi kita.
Berhenti menyalahkan diri sendiri, orang lain dan keadaan sekeliling. Mula mencari solusi dan kuatkan hati ya.
Susu ibu adalah yang terbaik!
Syasya akan melonjak ke angka 3 tak sampai 1 bulan. Dia masih memerlukan maminya utk “comfort herself, calming her soul” melalui berdakap dan menyusu.
Seakan tak percaya saya mmg mampu menyusukan dan ADA susu berbanding perasaan TAK ADA susu dan TAK MAMPU menyusu sewaktu sara dahulu!
Allahuakbar!
Farah Farhan
Makcik yang emosi di hari isnin
0 comments:
Post a Comment