CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, October 17, 2012

kHaS uTk BInTAnG hAtI mAmA...


Episod kali nie...hehehe...
aku nk crite pasal bintang hati yg
sentiasa menjadi penghibur aku di kala
kesunyian tanpa suami di sisi. Mereka
bukan saja sebagai pghibur, merekalah
pelakon sinetron,merekalah pelakon crite
upin & ipin,merekalah pembaca berita
buletin utama, merekalah peserta masterchef,
merekalah yg buat aku jd atlet dlm umah, 
merekalah yg buat aku jadik serigala
jadian, merekalah yg buat umahku
macam pusat testing permainan dan
mereka adalah anak2 kesayanganku.  

 
Nur Dhiya Qaisara & Qalif Fayyadh   
Kamu adalah anak2 yg kuat sebab kamu
membesar tanpa papa di sisi.Kamu tempat
mama luahkan kepenatan mama tiap kali 
balik keje, kamu tmpat mama kongsikan
kegembiraan mama dan hanya kamu berdua
yg selalu menyaksikan air mata mengalir
disebabkan menahan kesakitan kerana 
kesihatan mama yg tidak baik.Mama tak
makan ubat nak bile kepala mama pening
sebab mama takut tak trjaga utk buatkn 
susu, mama takut mkn ubat batuk sebab
mama takut mama terlena tidur hingga 
tak sedar yg kamu brdua merengek
kepanasan ketika tidur, mama tak mkn
ubat selsema sebab mama adalah penjaga
keselamatan rumah di waktu malam.
Mama nk beri yg terbaik slagi mama terdaya.
Insyaallah.....

 
Sumer org keliling kata mama kuat tapi
sebenarnya mama hanya pura2 kuat
dan mama perlu brlakon utk kuat kerana
mama adalah ayah dan mama jugalah ibu.
Dgn membawa kandungan yg berusia 5 bln
serta menjaga 2 org anak seorg diri adalah 
tggjawab yg berat.Jadi hari Sabtu & Ahad 
sudah pastinye hari yg mama nantikan utk
mama berehat dan utk kita luangkan mase
bersama sebagai keluarga yg lengkap tanpa
gangguan dari sesiapa.Hanya 2 hari itu lah
saja kita dapat abiskan mase bersama papa.


Waktu itu jugalah yaya akan minta utk dibawa
bersiar2, main di park, mkn di luar dan wktu
itu jugalah mama rasekan separuh badan 
mama ringan kerana ada suami yg ambil
alih tugas2 yg mama jalankan selama 5
hari seminggu.Satu hari nanti bile anak2
mama dh besar fahamilah betapa besar
pengorbanan mama membesarkan kamu
dan harapan mama agar kamu brdua
berjaya mencapai cita2 yg diimpikan
serta tidak lupakan insan kerdil yg 
brnama MAMA ini....
          

0 comments: