Kali ni aku nk amik isi kandungan surat yang
telah dihantar ke berita harian brtarikh 13 April 2011.
Mesti korang pelikkan nape tetiba aku lak nk
sibuk2 pasal keje peg.perubatan nie.
Okeyyy...nie la sebab2nyer;
pertama : aku juga manusia yg ada perasaan
dan cuba untuk memahami kehidupan orang yang
merawat aku biler aku n yaya sakit
kedua : pegawai aku bakal menjadi isteri kpd
seorag doktor tak lame lagik.
Jom tgk rintihan hati seorang suami kepada isteri
yang bekerja sebagai doktor.
PERUBATAN adalah antara bidang kritikal dan penting di negara ini.
Perbincangan mengenai perubatan dan kerjaya seorang
doktor juga menjadi antara perhatian dalam kalangan masyarakat.
Ini sudah tentu berkait rapat dengan dekatnya hubungan doktor
Ini sudah tentu berkait rapat dengan dekatnya hubungan doktor
dengan pesakit yang terdiri daripada semua lapisan masyarakat.
Namun, apabila doktor yang seharusnya merawat pesakit itu
sendiri menjadi pesakit, apatah lagi sakit dalam konteks
psikologi atau jiwa, maka ia akan memberi masalah
besar kepada masyarakat. Inilah yang dihadapi apabila seseorang
menceburi bidang kedoktoran. Tekanan kerja, budaya
kerja tidak membina atau produktif, masa kerja keterlaluan
dan lain-lain adalah penyumbang besar kepada tekanan
mental dan stres yang dialami khususnya doktor muda.
Dengan segala macam masalah ini, tidak hairanlah berlaku
Dengan segala macam masalah ini, tidak hairanlah berlaku
kekurangan doktor di hospital kerajaan dan pada masa sama
hospital swasta dan klinik persendirian muncul
bagai cendawan tubuh selepas hujan.
Masa kerja keterlaluan dengan tugasan banyak antara faktor
Masa kerja keterlaluan dengan tugasan banyak antara faktor
bebanan ini. Cuba bayangkan seorang doktor yang oncall’
perlu ke hospital seawal jam 7 pagi, bertugas sehari suntuk,
berjaga pada waktu malam sehingga pagi keesokannya
dan kembali bekerja (post-call) sehingga petang.
Mereka bekerja selama 34 jam tanpa mempunyai rehat yang cukup.
Mereka bekerja selama 34 jam tanpa mempunyai rehat yang cukup.
Bahkan bekerja di hampir setiap hari tanpa cuti minggu adalah
norma biasa, ditambah lagi jika bekerja di hospital besar
dan mempunyai ramai pesakit. Ini tidak termasuk ujian amali yang
perlu ditempuhi bagi menilai tahap penguasaan sesuatu bidang.
Mereka terpaksa bekerja dan pada masa sama kembali
belajar dan mengulang kaji. Bayangkan jika mereka sudah berkeluarga,
berapa banyak masa boleh diluangkan untuk anak?
Kerja sebegini seolah-olah kerja buruh moden bahkan lebih teruk
Kerja sebegini seolah-olah kerja buruh moden bahkan lebih teruk
daripada itu. Kenapa kerajaan tidak melaksanakan sistem
syif seperti yang diamalkan untuk jururawat?
Jika kekurangan tenaga dijadikan alasan maka
masa kerja tidak seharusnya selama ini.
Masyarakat mudah mengiktiraf kejayaan seseorang hanya melalui
Masyarakat mudah mengiktiraf kejayaan seseorang hanya melalui
pandangan zahir saja. Apabila mereka melihat kerjaya doktor
dengan steteskop di leher, berkot putih sepanjang masa
dan bergaji tinggi, segala-galanya kelihatan baik sedangkan
apa yang sebenarnya berlaku adalah sebaliknya.
Kadang-kala ada juga yang mempersoalkan kompetensi seseorang
Kadang-kala ada juga yang mempersoalkan kompetensi seseorang
doktor hanya dengan menilai tahap kualiti pendidikan
yang diperolehnya tanpa melihat faktor dalaman yang lebih besar.
Di sebalik senyuman seorang doktor kepada pesakit,
Di sebalik senyuman seorang doktor kepada pesakit,
tersembunyi perasaan kecewa, sedih dan penat
di lubuk hati mereka. Kini bukan pesakit saja perlu
diubati tetapi doktor sendiri perlu dirawat.
SUAMI DOKTOR,
Seksyen 19, Petaling Jaya
SUAMI DOKTOR,
Seksyen 19, Petaling Jaya
KESIMPULANNYA MAJIKAN PERLU MEMAHAMI
PEKERJA WANITA KERANA DI TANGAN MEREKALAH
BERMULANYA KEHIDUPAN GENERASI YANG AKAN
MEMAJUKAN NEGARA PADA MASA AKAN DATANG
RENUNG2KAN, SELAMAT BERAMAL!
0 comments:
Post a Comment