CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, November 3, 2010

Panduan Untuk Isteri...dari Syokkahwin.com

Inilah tujuh nasihat  kepada rakan-rakan yang ingin mendapatkan nasihat saya, dan insya-Allah mereka berjaya dalam hidup hingga beranak pinak, ini bukan soal ego, tetapi sensibility. Setiap insan ada tanggungjawab masing-masing yang telah ditetapkan oleh Allah. Kalau salah seorang daripada kita melanggarnya, samalah macam kita merosakkan alam sekitar. Musibah akan menimpa. Jadi, jangan menyesal di belakang hari dan menganggap diri sebagai mangsa, sebab yang salah adalah diri anda sendiri.

``Pertama, saya katakan kepada mereka dia hendaklah membeli rumah sendiri,
yang sudah pasti dibeli atas nama anda sendiri sebelum kahwin. Namun anda mesti ingat petua paling penting jangan sekali-kali cuba merampas tanggungjawab suami.

Apa itu tanggungjawab seorang suami?
``Tanggungjawab suami adalah mengurus perbelanjaan rumah tangga seperti membayar semua bil, membeli makan dan pakai, menjaga sakit pening isteri dan anak-anaknya dan lain-lain. Sedikit atau sekecil mana pun gaji suami, adalah menjadi tanggungjawab hakiki suami tadi menyediakan semuanya terhadap isteri dan anak-anaknya.


``Atas dasar apa sekalipun (contohnya, bertolak ansur, kasihan atau cinta) jangan sekali-kali kaum wanita mahu merampas tanggungjawab lelaki yang asas ini (khususnya bantu membayar segala hutang piutangnya). Kalau anda ambil alih tanggungjawabnya ini, suami akan cepat naik sedap (naik mua) lantas dia akan mula bersikap lepas tangan, hingga menyerahkan semua tanggungjawab seperti membayar bil atau apa sahaja untuk anda pikul.

``Kalau anda sudah bersedia selepas 10 tahun, berkelakuan seperti itu anda jangan membebel kemudian hari dengan bercerita ke sana ke sini (termasuk dalam DCCK), kononnya segala pengorbanan anda kepada suami selama itu tidak dihargai lagi. Anda dah terlalu sayang kepada suami sanggup berkorban konon, jadi jangan bising pikul saja, sebab anda yang nak berkorban atas dasar sayang konon, cintalah dan entah apa-apa lagi!

``Kedua, anda mesti bersedia menerima segala-galanya ikut kemampuan suami.
Contohnya, kalau suami cuma mampu beli beras tempatan berlaukkan ikan selar kuning setiap hari, sedangkan anda biasa makan beras Siam harum wangi jenama termahal dan lauk ikan jenahak, maka anda jangan membantah, anda telan semua yang suami anda beli walaupun tercekik sebab tak berselera. Namun kalau sesekali teringin nak makan sedap-sedap, makan di tempat kerja.

``Begitu juga halnya kalau dia beli baju kain murahan, hargailah, pakailah. Sekurang-kurangnya, anda pakai sewaktu nak melawat ibu bapa mentua anda biar suami puas hati dan mentua anda lihat apa yang anda pakai. Jangan nak tunjuk kemewahan anda.

``Ketiga, jangan sekali-kali menghalang suami anda menanggung ahli keluarganya.
Itu adalah menjadi tanggungjawabnya. Biarkan dia berhabis untuk keluarganya, dan anda tidak perlu menghulurkan wang untuk membantunya. Biar dia uruskan sendiri. Kalau dia tak ada duit untuk anak-anaknya biarkan dia mencari jalan keluar sendiri.

``Bagaimanapun sebaik-baiknya anda nasihatkan dia supaya dia dapat memastikan dalam rumah tangga telah disempurnakan terlebih dahulu terutama tanggungjawabnya kepada anak-anak.

``Keempat, kalau anda hendak mencari pembantu rumah,
 anda uruskan sendiri, anda bayarlah gajinya. Kerana pembantu rumah itulah yang banyak mengambil tanggungjawab dan tugas yang sepatutnya anda lakukan di rumah. Kerana anda bekerja demi masa depan anda.

``Kelimanya, jangan sekali-kali anda cuba merampas tanggungjawab suami ketika dia mahu meneruskan pelajarannya.
 Kerana anda harus ingat anda bukannya bank atau PTPTN. dia boleh belajar, tapi ingat, tanggungjawabnya terhadap keluarga mesti didahulukan.

``Jangan pula kerana kesian, cinta dan sayang konon anda biarkan dia sambung belajar, dan anda ambil alih tugas mengurus keluarga. Kalau anda masih hendak menunjukkan simpati anda terhadap suami tercinta, lima atau sepuluh tahun kemudian anda jangan sekali-kali pergi ke rumah emak mengadu anda sudah jadi mangsa, suami tinggalkan anda atau bertemu kekasih baru di kampus dan nak minta izin kepada anda untuk kahwin lagi.

``Kerana pada pandangan saya semuanya adalah salah anda, anda tidak berterus terang dari awal dan jika ditakdirkan anda dimadukan terima saja jangan menangis,

``Keenam, jangan sekali-kali lagi cuba hendak memperbaiki diri suami anda.
Contohnya, kerana anda malu pangkat atau gaji suami rendah maka anda berusaha malah menggalakkan dia jadi usahawan. Sebab masalahnya nanti anda juga yang akan kecewa.

``Sebab pertama kerana anda yang terpaksa bergadai bergolok, malah mengeluarkan wang simpanan anda untuk diberikan kepada suami supaya dijadikan modal dia berniaga. Masalah besar yang bakal anda tempuhi nanti jika dia gagal dalam perniagaan kerana tidak cukup pengalaman dan kurang berminat berniaga maka hidup anda akan dibebani hutang bukan puluhan ribu malah ratusan ribu ringgit dan anda akan menyesal sepanjang hayat.

``Tetapi kalau suami anda berjaya dalam perniagaan dan menjadi usahawan berjaya walaupun tak setaraf Tan Sri Tajudin Ramli mahupun Tan Sri Halim Saad, maka dia akan jadi orang yang terkejut beruk, sebab jadi kaya tak semena-mena, maka corak hidupnya akan bertukar, dan anda jangan bersedih, meratap dan menangis apalagi kalau dia tak balik ke rumah, sebab dah ada orang kedua dan dia akan minta izin anda untuk kahwin seorang lagi.

``Nasihat saya yang ketujuh dan terakhir, jangan sekali-kali buat joint akaun.
 Anda hendaklah sentiasa ingat hari tua anda. Sebab banyak terjadi seorang asyik menyimpan sementara seorang lagi asyik berbelanja, ataupun menabung untuk kekayaan dirinya sendiri. Siapa tau! Bila terjadi satu-satu hal duit dalam bank anda tinggal kosong, anda sendiri gigit jari. Dah banyak terjadi ini bukan benda baru, jadi sayangi diri sendiri supaya tidak kesal kemudian hari.

0 comments: